Wednesday, 20 April 2016

Ciri ke 8 - BERORIENTASIKAN PASUKAN

Berorientasikan pasukan bermakna anda hanya tidak memikirkan tentang diri sendiri malahan anda melibatkan orang lain dalam membuat keputusan. Semua orang mempunyai faktor dalam operasi dan keputusan yang memberi perhatian penuh kepada perniagaan atau usaha sama. Tiada yang lebih baik dalam perniagaan dan semua orang mempunyai   pendapat yang sama tanpa sebarang kesan.
Menggabungkan fikiran dan kreatif setiap ahli kumpulan memberi kesan yang baik. Pasukan yang terdiri dari gabungan sebilangan individu yang mempunyai kepakaran, kemahiran, potensi, pengetahuan dan komitmen yang berlainan kepada pasukan dan rela bekerja bersama-sama. Kerjasama dalam kumpulan dapat mengumpulkan idea yang dapat menghasilkan satu projek yang lebih sempurna dan mengurangkan kesalahan. Dalam kumpulan, semua ahli usahawan adalah sama rata, semua ahli dapat mengemukakan dan berkongsi pengalaman mereka tersebut dalam mengurangkan kesalahan.

Usahawan yang mengamalkan konsep ini ialah Larry Page yang merupakan pengasas Google. Beliau merupakan CEO Google yang merupakan satu enjin pencari internet yang paling popular dan diketahui oleh seluruh dunia. Pada mulanya, beliau berusaha mencari seorang teman yang mempunyai pengetahuan dalam bidang penerokaan ciri matematik dari World Wide Web. Pada masa itu seorang individu yang bernama Terry Winograd telah membimbing beliau idea-idea yang diberikan oleh Terry Winograd telah menjadi petunjuk pertama untuk memulakan menbina Google. Sementara belajar di Universiti Stanford, beliau menemui seorang yang bernama Sergey Brin, pada mulanya mereka tidak berteman dengan baik kerana pandangan yang berbeza tetapi akhirnya, mereka menjadi teman yang amat rapat kerana mempunyai sebuah topik yang berjaya menarik perhatian mereka.

Topik itu adalah mengenai pencarian maklumat dari kumpulan data besar. Sampailah hari ini, Google telah menubuhkan sebuah pasukan yang sempurna untuk menguruskan dan mengembangkan Google. Oleh itu, mempunyai satu pasukan yang mempunyai bakal berlainan adalah sebuah senjata yang baik untuk mendorong ke arah berjaya. Mempunyai teman yang mempunyai matlamat yang sama akan dapat membantu tekanan dan berkongsi tanggungjawab bersama-sama. Pasukan dapat memacu kejayaan yang lebih cemerlang atas menghapuskan sifat-sifat negatif.

No comments:

Post a Comment