Wednesday, 20 April 2016

Ciri ke 6 : BUDAYA TERBUKA

Budaya terbuka adalah bermaksud dapat menyesuaikan dan mengadaptasikan keadaan sekeliling dengan produk atau perkhidmatan yang diberikan oleh seseorangg mengikut perspektif seorang usahawan. Budaya terbuka juga hendaklah dapat dinikmati dari pelbagai lapisan masyarakat atau bersifat global. Global bermaksud setiap orang di dunia ini dapat menggunakan produk itu, oleh itu produ yang dihasilkan mestilah mesra pengguna dengan tidak dibatasi oleh agama, bangsa dan sebagainya.



            Contoh yang dapat diambil dari usahawan berjaya yang menjadikan budaya terbuka sebagai asas kejayaannya. Datuk Jimmy Choo adalah usahawan kelahiran Pulau Pinang, Malaysia yang merupakan pereka fesyen khusus bahagian kasut dilahirkan pada tahun 1961. Nama sebenar beliau adalah Jimmy Choo Yeang Keat dan beliau mula berminat dengan penciptaan kasut sejak kecil dengan mempelajari daripada ayah beliau cara pembuatan kasut. Ayah beliau menghantar Jimmy menyambungkan pelajaran ke England dalam tahun 1980 dan tamat dengan kepujian tahun 1983. Memilih untuk menetap di England beliau kemudiannya membuka perusahaan kasut di sebuah bangunan hospita lama yang bertempat di Hackney pada tahun 1986. Kasut buatan beliau kemudian mula dikenali dengan mengambil tempat dalam keluaran majalah Vogue. Jimmy kemudian membuka syarikat keluaran kasut sendiri dengan menggunakan jenama sendiri dan hasilnya, kasut beliau kini dikenali dan dipakai oleh semua lapisan masyarakat dari seluruh negara.

            Jimmy mencipta pelbagai reka bentuk kasut wanita yang sesuai dengan zaman dan fesyen yang diminati wanita zaman kini. Kasut buatan beliau mendapat sambutan yang baik kerana keselesaan dan boleh dipakai oleh pelbagai lapisan masyarakat. Kasut keluaran Jimmy juga sesuai mengikut musim. Sebagai contohnya, pada musim sejuk, kasut keluaran beliau lebih kepada yang mempunyai bulu bagi mengelakkan pemakai sejuk dan lebih kepada kasut rata daripada kasut bertumit. Kesimpulannya, Jimmy Choo adalah seorang usahawan yang mementingkan budaya terbuka dengan mendahulukan keperluan dan keinginan berhias para wanita di seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment