Wednesday, 20 April 2016

Ciri ke 4 : BERWAWASAN

            Wawasan ialah pandangan terhadap sesuatu kemajuan atau perkembangan masa depan. Setiap manusia mempunyai wawasan untuk berjaya dalam hidup. Begitu juga dengan  para usahawan di dunia perniagaan, setiap daripada mereka mempunyai wawasan diri masing-masing untuk mengecapi kejayaan. Setiap usahawan perlu mempunyai wawasan yang jelas dalam hidup. Kemampuan seseorang usahawan melihat apa yang akan terjadi pada masa depan merupakan salah satu faktor kejayaan usahawan tersebut.
Dalam jiwa seseorang usahawan perlu ada kepemimpinan yang berwawasan supaya dapat mengarahkan diri sendiri serta orang lain untuk menuju kejayaan pada masa depan. Usahawan yang berwawasan akan mempunyai keupayaan yang tinggi untuk mengesan peluang keemasan serta dapat berfikir sesuatu secara kreatif dan inovatif. 

Antara usahawan yang mempunyai ciri berwawasan di dalam Negara Malaysia ini ialah Saiful Nang. Saiful Nang lahir pada 1978 dan merupakan anak kedua dari empat orang adik beradik. saiful merupakan lulusan ijazah SArjana Muda Sains Filem dan Animasi di MMU, dan sekarang sedang melakukan Ph.D doc of Management di Universiti Utara Malaysia. Saiful Nang merupakan seorang jurugambar profesional yang terkenal serta mempunyai pengaruh cukup besar dalam kalangan jurugambar-jurugambar di Malaysia. Beliau juga pernah dianugerahkan oleh Mediacorp Asia sebagai salah seorang jurugambar terbaik Asia, serta disenaraikan oleh Dewan Ekonomi sebagai 20 usahawan berjaya dan paling kreatif di Malaysia. Kejayaan beliau mula terukir apabila berjaya membawa jenama Candid Syndrome ke persada dunia. Saiful Nang terkenal sebagai individu yang berwawasan untuk berjuang memartabatkan kerjaya fotografi supaya lebih hebat dan dipandang tinggi di dunia. Selain daripada mengetuai jenama Candid Syndrome, beliau juga membangun akademi fotografi sendiri, yang diberi nama SNAP (Saiful Nang Academy of Photography) dan telah melatih lebih 30,000 jurugambar di Malaysia.Visi Saiful Nang, seiring dengan visi SNAP bagi mewujudkan kumpulan jurugambar antarabangsa yang dilahirkan di Malaysia melalui pendidikan yang terbukti menghasilkan jurugambar CandidSyndrome dari kosong hingga mengjadi jurugambar antarabangsa dan berprofil tinggi.

Siapa yang meminati bidang fotografi pasti mengenali usahawan ini. Beliau sudah lama bertapak sebagai jurufoto profesional di dalam industri fotografi di Malaysia. Baik selebriti terkenal tanah air mahupun orang berada atau orang luar negara menggunakan khidmat beliau. Ramai masyarakat yang meminati bidang ini mengagumi prinsip hidup beliau dan sentiasa berfikiran matang dalam setiap tindakan dan sentiasa dan berusaha untuk maju kehadapan. Hasil kerja beliau menjadi kegemaran ramai pihak bagi merakamkan saat-saat indah di dalam gambar.


Secara keseluruhannya, Saiful Nang bukanlah insan biasa. Beliau sangat bersemangat tinggi dan berwawasan kerana mempunyai pemandangan yang unik dan sentiasa berfikir jauh kehadapan. Individu seperti Saiful Nang adalah individu yang mempunyai pemikiran yang halus dan kritis. saiful Nang juga sentiasa berusaha untuk mengembangkan minat yang beliau ada untuk mencapai satu tahap yang lebih baik, disamping hasil kerjanya yang hebat dan dapat memuaskan hati para pelanggannya.

No comments:

Post a Comment