Pemerhatian
bermaksud tajam penglihatan atau teliti dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Daya
pemerhatian yang tajam adalah pemerhatian yang dibuat oleh usahawan untuk
menjana idea-idea baru dan menyesuaikan strategi yang digunakan dalam pasaran.
Datuk Aliff Syukri
Kamaruzaman merupakan seorang usahawan muda yang kini semakin maju
mengembangkan produknya. Beliau yang kini baru berusia 28 tahun merupakan
seorang pengasas bagi produk D’herbs, satu jenama produk kecantikan yang kini
semakin hangat diperkatakan dalam kalangan pengguna di negara kita. Sebelum
mengusahakan perniagaan kosmetik, pelbagai kerja dilakukan seperti menjadi
pegawai perkhidmatan pelanggan, penjaga stor, model sambilan dan hampir menjadi
pramugara.
Walaupun sudah
bermacam-macam pekerjaan dilakukan, beliau belum merasai kepuasan. Berbekalkan
minatnya dalam perniagaan, beliau cuba menjual produk kecantikan dari Thailand,
Indonesia dan Filipina secara kecil-kecilan. Pada awal pembabitan, produknya
hanya dijual kepada saudara mara dan rakan, kemudian dari rumah ke rumah.
Disebabkan sambutan yang diterima menggalakkan dengan hanya berbekalkan modal
RM450, beliau membuka sendiri khemah di Pasar Tani Seksyen 13, Shah Alam,
diikuti Kelana Jaya dan Sri Andalas, Klang. Melalui perniagaan
kecil-kecilan ini, beliau menabung wang bagi menjadikan modal perniagaan
seterusnya.
Berbekalkan pengalaman
meniaga di Pasar Tani dan sebagainya datuk alif syukri membuat pemerhatian
tentang pasaran kosmetik di Malaysia. Akhirnya beliau mendapat cara yang
efisyen untuk memasarkan produk beliau. Dari situ juga beliau mendapat idea
untuk menggunakan cara suara yang nyaring untuk mempromosikan produknya.
Walaupun secara luarannya, beliau nampak seorang yang lemah lembut tetapi
hakikatnya beliau juga mempunyai sifat ketegasan yang tersendiri. Daripada apa
yang dipelajarinya, sesuatu kejayaan akan membuahkan hasil adalah apabila
seseorang usahawan itu membuat pemerhatian untuk menjadikan seseorang usahawan
itu lebih kreatif dalam mewujudkan sesuatu idea yang baru.
No comments:
Post a Comment