Wednesday 20 April 2016

Ciri ke 9 : PROAKTIF


Tan Sri Anthony Francis Fernandes juga dikenali sebagai Tony Fernandes ialah seorang usahawan dari Malaysia. Beliau merupakan pengasas "Tune Air Sdn Bhd", yang memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia dengan slogannya, "Semua mampu naik kapal terbang". Beliau dilahirkan pada 30 April 1964 di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau dilahirkan dalam keluarga campuran Portugis  Goa(India) dan Portugis Melaka. Bapa beliau bernama Dr. Stephen Edward Fernandes dan Ibu beliau bernama Ena Dorothy Fernandez.

Tony Fernandes mengasaskan Tune Air Sdn Bhd pada tahun 2001, dengan wawasan untuk menjadikan perjalanan udara lebih mampu kepada rakyat Malaysia. Dengan itu dalam fikiran, Tony tiga orang dan rakan-rakan beliau yang telah membelikan AirAsia dari pemilik DRB-Hicom. Projek awal Tune Air kepada AirAsia merombak ke dalam tambang yang rendah, tiada syarikat penerbangan tambang selepas syarikat penerbangan tambang rendah yang berjaya seperti Southwest Airlines yang berpangkalan di AS dan berasaskan Dublin Ryanair dan mewujudkan produk penerbangan baru diMalaysia.

            Di bawah kepimpinan Tony, syarikat penerbangan fledging dengan hutang RM40 juta menjadi perniagaan yang berkembang. Syarikat penerbangan itu dibayar balik semua hutang dan telah berada dalam kedudukan yang menguntungkan dari hari pertama operasi. Dalam kurang dari 3 tahun, AirAsia meningkatkan dari 2 Boeing sederhana 737-300 kepada 30 dan kini beroperasi lebih 100 penerbangan domestik dan antarabangsa setiap hari dari KLIA, Johor Bahru, Bangkok dan Jakarta.
Beliau juga menjadi terkenal kerana beliau Berjaya memulihkan syarikat penerbangan Air Asia yang sebelum ini mempunyai masalah sehingga menjadi sebuah perusahaan  yang terkenal. Kepetahan belian dalam berbicara juga menjadi penentu kepada kejayaan beliau ketika ini.
Tony Fenandes ialah seorang usahawan yang proaktif akan bertindak lebih agresif dalam segala tingkah laku dan tindakan dalam dunia perniagaan penerbangan iaitu Air Asia. Beliau memiliki matlamat, wawasan dan sentiasa mahu maju ke hadapan. Tony Fenandes  lebih kreatif dan proaktif menghasilkan  perkhidmatan  terbaik dalam industri  Penerbangan . Beliau juga proaktif  melibatkan pencarian peluang baru yang di luar bidang operasi perniagaan. Beliau yang  tindakannya secara cepat dan agresif apabila merebut peluang di depan mata iaitu  apabila Datuk Pahamin Ab. Rajab, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna pada ketika itu, telah mengatur pertemuan antara Tan Sri Tony Fernandes dengan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Dr. Mahathir Mohamad. Beliau menyatakan hasrat beliau untuk membuka syarikat penerbangan sendiri. Namun Dr.Mahathir mencadangkan kepada beliau untuk membeli syarikat penerbangan yang sedia ada. Beliau bertindak segera dan proaktif apabila beliau memajak rumahnya dan menggunakan keseluruhan wang simpanannya untuk membeli Air Asia bersama tenaga kerja dan aset yang dimiliki Air Asia ketika itu termasuk dua buah kapal terbang usang.
Beliau juga telah penyusunan semula organisasi Air Asia dengan imej dan konsep yang baru membawa perubahan yang besar dan memperoleh keuntungan dalam tempoh masa yang pendek. Tawaran sahamnya (IPO) pada November 2004 menerima lebihan permintaan sebanyak 130 peratus. Hal ini kerana usahawan yang proaktif adalah berkaitan dengan usahawan yang bertindak secara inisiatif terhadap peluang dalam pasaran, tindakan mengambil peluang ini ialah untuk membentuk sesuatu persekitaran baru. Beliau  bertindak juga secara proaktif apabila Tan Sri Tony Fernandes turut menjalankan perniagaan lain yang beroperasi di bawah Kumpulan Tune iaitu Tune Hotels, Tune Money, Tune Talk, Tune Sports, Tune Studio dan Kuala Lumpur Education City (KLEC). Syarikat penerbangan Air Asia berada di bawah  perniagaan Tune Air. Selain itu, Tan Sri Tony Fernandes  juga membuat pelaburan ke atas MU, pengadil, Formula 1, LA Rangers dan sebagainya.
            Selepas 9 tahun, Syarikat tersebut bernilai hampir RM 4 billion, mencatat keuntungan sebanyak RM549 juta, memiliki lebih 85 pesawat Airbus A320, dan terbang terus melalui lebih  130 laluan ke 70 destinasi seluruh dunia dan menerbangkan lebih 20 juta orang penumpang.






Ciri ke 8 - BERORIENTASIKAN PASUKAN

Berorientasikan pasukan bermakna anda hanya tidak memikirkan tentang diri sendiri malahan anda melibatkan orang lain dalam membuat keputusan. Semua orang mempunyai faktor dalam operasi dan keputusan yang memberi perhatian penuh kepada perniagaan atau usaha sama. Tiada yang lebih baik dalam perniagaan dan semua orang mempunyai   pendapat yang sama tanpa sebarang kesan.
Menggabungkan fikiran dan kreatif setiap ahli kumpulan memberi kesan yang baik. Pasukan yang terdiri dari gabungan sebilangan individu yang mempunyai kepakaran, kemahiran, potensi, pengetahuan dan komitmen yang berlainan kepada pasukan dan rela bekerja bersama-sama. Kerjasama dalam kumpulan dapat mengumpulkan idea yang dapat menghasilkan satu projek yang lebih sempurna dan mengurangkan kesalahan. Dalam kumpulan, semua ahli usahawan adalah sama rata, semua ahli dapat mengemukakan dan berkongsi pengalaman mereka tersebut dalam mengurangkan kesalahan.

Usahawan yang mengamalkan konsep ini ialah Larry Page yang merupakan pengasas Google. Beliau merupakan CEO Google yang merupakan satu enjin pencari internet yang paling popular dan diketahui oleh seluruh dunia. Pada mulanya, beliau berusaha mencari seorang teman yang mempunyai pengetahuan dalam bidang penerokaan ciri matematik dari World Wide Web. Pada masa itu seorang individu yang bernama Terry Winograd telah membimbing beliau idea-idea yang diberikan oleh Terry Winograd telah menjadi petunjuk pertama untuk memulakan menbina Google. Sementara belajar di Universiti Stanford, beliau menemui seorang yang bernama Sergey Brin, pada mulanya mereka tidak berteman dengan baik kerana pandangan yang berbeza tetapi akhirnya, mereka menjadi teman yang amat rapat kerana mempunyai sebuah topik yang berjaya menarik perhatian mereka.

Topik itu adalah mengenai pencarian maklumat dari kumpulan data besar. Sampailah hari ini, Google telah menubuhkan sebuah pasukan yang sempurna untuk menguruskan dan mengembangkan Google. Oleh itu, mempunyai satu pasukan yang mempunyai bakal berlainan adalah sebuah senjata yang baik untuk mendorong ke arah berjaya. Mempunyai teman yang mempunyai matlamat yang sama akan dapat membantu tekanan dan berkongsi tanggungjawab bersama-sama. Pasukan dapat memacu kejayaan yang lebih cemerlang atas menghapuskan sifat-sifat negatif.

Ciri ke 7 : BERORIENTASIKAN HASIL





Usahawan yang berorientasikan hasil ialah A’tikah Ash’ari. Beliau adalah pengasas kepada butik tudung yang terkenal dengan jenama Radiusite. Bermula dengan menjalankan perniagaan secara kecil kecilan dengan menjadikan segala pengalaman dan hasil semasa berniaga sejak di bangku sekolah  lagi telah melonjakkan lagi semangat A’tikah untuk terus berusaha sehingga berjaya menjadi usahawan terkenal walaupun sepanjang keterlibatannya sentiasa menghadapi kegagalan. Namun beliau tidak pernah berputus asa dan mengambil segala yang berlaku sebagai penyuntik semangatnya. Bermula dengan modal yang kecil sebanyak Rm500 beliau bersama suaminya Iskandar Zulkarnain bertungkus lumus membeli pelbagai jenis tudung untuk dijadikan sebagai contoh untuk mereka disamping melihat kaedah yang digunakan oleh usahawan lain dalam mempromosikan perniagaan mereka. Hasil yang sedikit dan bermula dengan kurangnya kelengkapan kini Ika berjaya menjual tubung-tudungnya ke merata tempat.

Ciri ke 6 : BUDAYA TERBUKA

Budaya terbuka adalah bermaksud dapat menyesuaikan dan mengadaptasikan keadaan sekeliling dengan produk atau perkhidmatan yang diberikan oleh seseorangg mengikut perspektif seorang usahawan. Budaya terbuka juga hendaklah dapat dinikmati dari pelbagai lapisan masyarakat atau bersifat global. Global bermaksud setiap orang di dunia ini dapat menggunakan produk itu, oleh itu produ yang dihasilkan mestilah mesra pengguna dengan tidak dibatasi oleh agama, bangsa dan sebagainya.



            Contoh yang dapat diambil dari usahawan berjaya yang menjadikan budaya terbuka sebagai asas kejayaannya. Datuk Jimmy Choo adalah usahawan kelahiran Pulau Pinang, Malaysia yang merupakan pereka fesyen khusus bahagian kasut dilahirkan pada tahun 1961. Nama sebenar beliau adalah Jimmy Choo Yeang Keat dan beliau mula berminat dengan penciptaan kasut sejak kecil dengan mempelajari daripada ayah beliau cara pembuatan kasut. Ayah beliau menghantar Jimmy menyambungkan pelajaran ke England dalam tahun 1980 dan tamat dengan kepujian tahun 1983. Memilih untuk menetap di England beliau kemudiannya membuka perusahaan kasut di sebuah bangunan hospita lama yang bertempat di Hackney pada tahun 1986. Kasut buatan beliau kemudian mula dikenali dengan mengambil tempat dalam keluaran majalah Vogue. Jimmy kemudian membuka syarikat keluaran kasut sendiri dengan menggunakan jenama sendiri dan hasilnya, kasut beliau kini dikenali dan dipakai oleh semua lapisan masyarakat dari seluruh negara.

            Jimmy mencipta pelbagai reka bentuk kasut wanita yang sesuai dengan zaman dan fesyen yang diminati wanita zaman kini. Kasut buatan beliau mendapat sambutan yang baik kerana keselesaan dan boleh dipakai oleh pelbagai lapisan masyarakat. Kasut keluaran Jimmy juga sesuai mengikut musim. Sebagai contohnya, pada musim sejuk, kasut keluaran beliau lebih kepada yang mempunyai bulu bagi mengelakkan pemakai sejuk dan lebih kepada kasut rata daripada kasut bertumit. Kesimpulannya, Jimmy Choo adalah seorang usahawan yang mementingkan budaya terbuka dengan mendahulukan keperluan dan keinginan berhias para wanita di seluruh dunia.

Ciri ke 5 : KEGAGALAN ADALAH SATU PILIHAN


Kegagalan dalam bidang keusahawanan tidak dikira sebagai satu kelemahan malah dianggap sebagai semangat untuk bangun dan menjayakan pekerjaan itu. Pada pandangan sesetengah pihak menganggap bahawa apabila seseorang itu gagal bermakna tiada lagi jalan ke arah kejayaan pada diri mereka. Walaubagaimanapun usahawan memandang pandangan begitu adalah salah kerana usaha itu tangga kejayaan dan seorang usahawan akan mengambil kegagalan itu sebagai jalan untuk menempa kejayaan.

Ini boleh dibuktikan dengan mengambil contoh seorang usahawan yang berjaya, Micheal Dell seorang pengasas Syarikat Dell. Beliau dilahirkan pada 23 Februari 1965 di Houstan, Texas. Micheal melancarkan komputer peribadi di bawah nama Dell Computer Corporation (kini dikenali sebagai Dell Inc.) , memulakan secara kecil-kecilan di Universiti Texas dan kemudiannya berkembang pesat sebagai syarikat komupter terbesar. Pada tahun 1992, Micheal Dell menjadi satu-satunya Pegawai Eksekutif termuda dalam 500 syarikat lain.

Dalam kejayaan yang dirasai oleh Micheal bukan sesuatu yang datang secara mudah tanpa kegagalan dan halangan. Penciptaan komputer yang tidak berkualiti menyebabkan syarikat Dell perlu mengeluarkan sejumlah wang yang mencecah $300 juta untuk membaiki kerosakan dan membaiki kembali kesalahan pengeluaran. Ini menyebabkan kejatuhan yang teruk. Selain itu, dalam tahun 2010 Micheal menghadapi satu lagi kegagalan mengeluarkan produk yang menepati ketetapan yang diperlukan dan bersetuju untuk membayar pampasan yang dikemukakan oleh Security And Exchange Company. Walaubagaimanapun beliau tetap menjadi seorang usahawan yang berjaya dalam mencipta sesuatu yang masih digunakan sehingga kini.

Ciri ke 4 : BERWAWASAN

            Wawasan ialah pandangan terhadap sesuatu kemajuan atau perkembangan masa depan. Setiap manusia mempunyai wawasan untuk berjaya dalam hidup. Begitu juga dengan  para usahawan di dunia perniagaan, setiap daripada mereka mempunyai wawasan diri masing-masing untuk mengecapi kejayaan. Setiap usahawan perlu mempunyai wawasan yang jelas dalam hidup. Kemampuan seseorang usahawan melihat apa yang akan terjadi pada masa depan merupakan salah satu faktor kejayaan usahawan tersebut.
Dalam jiwa seseorang usahawan perlu ada kepemimpinan yang berwawasan supaya dapat mengarahkan diri sendiri serta orang lain untuk menuju kejayaan pada masa depan. Usahawan yang berwawasan akan mempunyai keupayaan yang tinggi untuk mengesan peluang keemasan serta dapat berfikir sesuatu secara kreatif dan inovatif. 

Antara usahawan yang mempunyai ciri berwawasan di dalam Negara Malaysia ini ialah Saiful Nang. Saiful Nang lahir pada 1978 dan merupakan anak kedua dari empat orang adik beradik. saiful merupakan lulusan ijazah SArjana Muda Sains Filem dan Animasi di MMU, dan sekarang sedang melakukan Ph.D doc of Management di Universiti Utara Malaysia. Saiful Nang merupakan seorang jurugambar profesional yang terkenal serta mempunyai pengaruh cukup besar dalam kalangan jurugambar-jurugambar di Malaysia. Beliau juga pernah dianugerahkan oleh Mediacorp Asia sebagai salah seorang jurugambar terbaik Asia, serta disenaraikan oleh Dewan Ekonomi sebagai 20 usahawan berjaya dan paling kreatif di Malaysia. Kejayaan beliau mula terukir apabila berjaya membawa jenama Candid Syndrome ke persada dunia. Saiful Nang terkenal sebagai individu yang berwawasan untuk berjuang memartabatkan kerjaya fotografi supaya lebih hebat dan dipandang tinggi di dunia. Selain daripada mengetuai jenama Candid Syndrome, beliau juga membangun akademi fotografi sendiri, yang diberi nama SNAP (Saiful Nang Academy of Photography) dan telah melatih lebih 30,000 jurugambar di Malaysia.Visi Saiful Nang, seiring dengan visi SNAP bagi mewujudkan kumpulan jurugambar antarabangsa yang dilahirkan di Malaysia melalui pendidikan yang terbukti menghasilkan jurugambar CandidSyndrome dari kosong hingga mengjadi jurugambar antarabangsa dan berprofil tinggi.

Siapa yang meminati bidang fotografi pasti mengenali usahawan ini. Beliau sudah lama bertapak sebagai jurufoto profesional di dalam industri fotografi di Malaysia. Baik selebriti terkenal tanah air mahupun orang berada atau orang luar negara menggunakan khidmat beliau. Ramai masyarakat yang meminati bidang ini mengagumi prinsip hidup beliau dan sentiasa berfikiran matang dalam setiap tindakan dan sentiasa dan berusaha untuk maju kehadapan. Hasil kerja beliau menjadi kegemaran ramai pihak bagi merakamkan saat-saat indah di dalam gambar.


Secara keseluruhannya, Saiful Nang bukanlah insan biasa. Beliau sangat bersemangat tinggi dan berwawasan kerana mempunyai pemandangan yang unik dan sentiasa berfikir jauh kehadapan. Individu seperti Saiful Nang adalah individu yang mempunyai pemikiran yang halus dan kritis. saiful Nang juga sentiasa berusaha untuk mengembangkan minat yang beliau ada untuk mencapai satu tahap yang lebih baik, disamping hasil kerjanya yang hebat dan dapat memuaskan hati para pelanggannya.

Ciri ke 3 - PEMERHATIAN


Pemerhatian bermaksud tajam penglihatan atau teliti dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Daya pemerhatian yang tajam adalah pemerhatian yang dibuat oleh usahawan untuk menjana idea-idea baru dan menyesuaikan strategi yang digunakan dalam pasaran.

Datuk Aliff Syukri Kamaruzaman merupakan seorang usahawan muda yang kini semakin maju mengembangkan produknya. Beliau yang kini baru berusia 28 tahun merupakan seorang pengasas bagi produk D’herbs, satu jenama produk kecantikan yang kini semakin hangat diperkatakan dalam kalangan pengguna di negara kita. Sebelum mengusahakan perniagaan kosmetik, pelbagai kerja dilakukan seperti menjadi pegawai perkhidmatan pelanggan, penjaga stor, model sambilan dan hampir menjadi pramugara.

Walaupun sudah bermacam-macam pekerjaan dilakukan, beliau belum merasai kepuasan. Berbekalkan minatnya dalam perniagaan, beliau cuba menjual produk kecantikan dari Thailand, Indonesia dan Filipina secara kecil-kecilan. Pada awal pembabitan, produknya hanya dijual kepada saudara mara dan rakan, kemudian dari rumah ke rumah. Disebabkan sambutan yang diterima menggalakkan dengan hanya berbekalkan modal RM450,  beliau membuka sendiri khemah di Pasar Tani Seksyen 13, Shah Alam, diikuti Kelana Jaya dan Sri Andalas, Klang. Melalui perniagaan kecil-kecilan ini, beliau menabung wang bagi menjadikan modal perniagaan seterusnya.

Berbekalkan pengalaman meniaga di Pasar Tani dan sebagainya datuk alif syukri membuat pemerhatian tentang pasaran kosmetik di Malaysia. Akhirnya beliau mendapat  cara yang efisyen untuk memasarkan produk beliau. Dari situ juga beliau mendapat idea untuk menggunakan cara suara yang nyaring untuk mempromosikan produknya. Walaupun secara luarannya, beliau nampak seorang yang lemah lembut tetapi hakikatnya beliau juga mempunyai sifat ketegasan yang tersendiri. Daripada apa yang dipelajarinya, sesuatu kejayaan akan membuahkan hasil adalah apabila seseorang usahawan itu membuat  pemerhatian untuk menjadikan seseorang usahawan itu lebih kreatif dalam mewujudkan sesuatu idea yang baru.

Ciri ke 2 : BERANI MENGAMBIL RISIKO


Satu daripada ciri penting keusahawanan ialah kesanggupan mengambil risiko. Banyak kajian mendapati kecenderungan mengambil risiko adalah sebahagian daripada ciri keperibadian usahawan berjaya. Ini selari hukum pelaburan bahawa paras pulangan berkait rapat dengan tahap risiko. Bagaimanapun, kecenderungan mengambil risiko dalam perniagaan hendaklah secara bijak dan terancang. Keberanian mengambil risiko perlu diimbangi dengan pengetahuan dan kefahaman mengenai cara menilai dan menangani risiko .
Ramai usahawan gagal kerana tidak nampak risiko yang mengancam perniagaan mereka ketika membuat keputusan tertentu. Dalam perniagaan, setiap keputusan pasti membabitkan soal kewangan. Usahawan hendaklah sentiasa ingat matlamat perniagaan adalah untuk meningkat kekayaan dengan menambah nilai kepada modal asal. Ini memerlukan keputusan dan tindakan yang tidak membawa kerugian kewangan kepada perniagaan.
Semua aspek lain seperti pengurusan kewangan, pemasaran, pengeluaran, pengurusan sumber manusia semuanya mempunyai risiko masing-masing yang perlu difahami dan dikenal pasti oleh usahawan. Mengetahui tahap dan kesan risiko dapat membantu usahawan memikirkan langkah mengelak atau mengurangkan risiko. Ramai usahawan menanggung padah kerana membuat keputusan perniagaan tanpa menilai kewujudan risiko secukupnya. Sudah banyak berlaku kes usahawan berdepan masalah selepas membuat keputusan pelaburan baru kerana tidak mengkaji dengan terperinci risiko berkaitan keputusan itu.


Sifat berani mengambil risiko ini boleh dilihat melalui usahawan tempatan ini iaitu Ramly Mokni nama yang tidak asing lagi dalam industri keusahawanan Malaysia terutamanya industri pemakanan.Anak kelahiran Tanjung Piandang Perak ini bermula dengan gerai penjualan burger dan sekarang mengembangkan perniagaan tersebut dengan membuka kilang pemprosesan daging burger. Hanya bermula sebagai seorang pemotong daging di sebuah pasar raya pada sekitar tahun 1970-an yang diragui status halal haramnya. Bermula dari situ timbul kesedaran timbul kesedaran untuk menghasilkan daging burger dan sosej yang ditanggung halal dan boleh dinikmati oleh setiap umat Islam tanpa ragu-ragu. Pada tahun 1980 beliau dengan beraninya memulakan perniagaan bersama isteri Shala Siah Abdul Manap dengan bermodalkan wang simpanan sebanyak RM2000 di Chow Kit dengan tahap keuntungan yang masih samar kerana berniaga di tempat asing. Pada ketika itu daging burger telah diproses secara manual menggunakan mesin pemprosesan daging manual yang dibeli menggunakan duit modal. Burger keluaran pertama mereka hanya dijual kepada rakan dan jiran di sekitar Kampung Baru menerusi gerai burger pertama di Jalan Haji Hussin,Chow Kit,Kuala Lumpur .

Sifat beliau ini jelas menunjukkan beliau juga adalah seorang yang bijak merebut peluang dan berdaya kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh. Selain itu, beliau tidak pernah putus asa walaupun usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat dan juga pihak bank yang telah menolak permohonan pinjamannya. Namun, dengan simpanan sendiri dan juga bantuan pinjaman yang diberikan oleh Bank Pembangunan dan Malaysia Berhad telah membolehkannya mengorak langkah untuk memajukan perniagaannya. Sekali gus telah membuktikan peranan agensi kerajaan adalah amat penting.

Ciri ke 1: JARINGAN







Jaringan dari aspek keusahawanan ialah kaedah yang digunakan oleh usahawan tersebut dalam mengembangkan perniagaan mereka. Jaringan ini boleh berlaku secara langsung mahupun tidak langsung. Jaringan ushawan ini sepertimana yang diketahui umum mempunyai tiga jenis iaitu jaringan peribadi, jaringan awam dan jaringan perniagaan. Usahawan yang dilihat mempunyai banyak jaringannya ialah Dato Wan Mohamad Sani Salleh iaitu pemilik rangkaian operasi bas iaitu Sani Ekspress. Beliau mengembangkan perniagaan beliau melalui tiga-tiga jaringan tersebut. Secara peribadi jaringan yang dilakukan adalah secara tidak langsung iaitu menjaga jaringannya bersama ahli keluarganya yang pasti membantu dan menyokongnya serta sahabat-sahabat yang juga berkongsi pengalaman mereka dengan beliau. Tambahan pula secara awam beliau sentiasa bertanya kepada orang-orang sekelilingnya seperti pemandu bas, mekanik dan ramai lagi secara tidak langsung beliau sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu dalam perniagaan yang beliau jalankan. Disamping itu, secara langsungnya di dalam perniagaan beliau turut menjaga jaringan bersama pekerja-pekerjanya dan juga syarikat-syarikat besar yang bekerjasama dengan syarikat beliau.