Monday 9 May 2016

TASK 2 : USAHAWAN BERJAYA


Seorang usahawan yang hampir mempunyai semua ciri-ciri keusahawan adalah Jack Ma. Ma Yun juga dikenali sebagai Jack Ma,yang berlahir pada 15 Oktober 1964,di Hangzhou, wilayah Zhejiang, China.Beliau merupakan salah seorang usahawan yang berjaya di China.Beliau ialah pengasas dan pengerusi eksekutif Kumpulan Alibaba. 


    
Sebab-sebab kami memilih usahawan "Jack Ma/Ma Yun" tersebut adalah beliau merupakan seorang yang mempunyai sifat kepimpinan yang kuat. Walaupun Jack Ma sebagai Exercutive Chairman Alibaba Group yang merupakan perusahaan induk dengan 9 anak perusahaan utama iaitu Alibaba.com, Taobao Marketplace, Tmall, etao.com, Juhuasuan.com, Aliyun, AliExpress.com, 1688.com dan Alipay. Tetapi beliau tidak menunjukkan kuasanya malahan merendahkan diri untuk bekerjasama dengan pengikut atau rakan pertubuhanya bagi menjayakan pertubuhan Alibaba.Jack Ma seorang pemimpin yang mementingkan produktiviti pertubuhan Alibaba dan tidak mengambil kira kuasa sesebuah pentadbiran pertubuhan malahan sentiasa mempunyai hubungan erat dengan pengikutnya. Beliau memiliki banyak sifat keusahawanan yang sepatut ada bagi seorang usahawanan.



    CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN YANG DIMILIKI OLEH JACK MA

       1.    Sifat berani menanggung Risiko

Seorang usahawan perlu berani mengambil risiko dalam setiap tindakan yang diambil oleh mereka untuk memajukan perniagaan masing-masing seperti risiko kerugian, risiko ketidakpastian pada masa hadapan dan risiko pesaing. Usahawan yang berani mengambil risiko akan menghadapi keadaan ketidakpastian pada masa hadapan dengan keyakinan yang tinggi.
            Jack Ma adalah seorang keusahawan yang sanggup menanggung risiko. Risiko adalah faktor akibat daripada mana-mana organisasi. Semakin besar risiko semakin besar pulangan. Kakitangan yang bekerja dalam organisasi hendaklah sentiasa menanggung risiko kerana ia sentiasa wujud. Jack sentiasa mengajar pekerja untuk mempunyai keberanian tentang mana-mana kesilapan berlaku kepada perniagaan. Di mana kita boleh tahu Jack Ma adalah seorang yang sanggup menanggung risiko? Iaitu kerana beliau berani mencabarkan status quo dengan menanggungkan risiko yang besar. (Tobak, September 2014) Jack Ma berani mengambil risiko untuk mencabarkan nilai perniagaan yang tradisional pada era masa itu telah menubuhkan Syarikat Alibaba dengan mengeluarkan 500000 ribu yuan dan tidak takut kepada rugi dan risiko yang akan dialami.   
Selepas berjaya menubuhkan Alibaba, Jack Ma juga berani mengambil risiko dengan bijak dan diperhitung dengan melibatkan diri dan Alibaba ke dalam Bursa Saham New York dengan lebih daripada $ 20 bilion saham untuk dijual (Perdana, February 2016). Dalam projek dan perjanjian yang menpunyai risiko yang besar ini, mendapatkan enam penaja jamin utama, 160 bank, lebih 300 jurujual institusi, dan beribu-ribu broker bekerja melibatkan diri dalam perjanjian itu. Alibaba adalah saudagar dalam talian yang terbesar di dunia, dengan $ 240.000.000.000 dalam barangan dan saham yang dijual pada tahun 2013. Jack Ma telah membuktikan seorang usahawan yang berjaya hendaklah menpunyai semangat yang berani mengambil risiko untuk menjalankan dan menjayakan perniagaan.

2.     Proaktif
Jack Ma merupakan seorang yang proaktif di mana beliau melakukan sesuatu tindakan jauh lebih awal daripada berlakunya sesuatu perkara yang sememangnya memerlukan tindakan berkenaan. Usahawan yang proaktif adalah mereka yang akan mencari atau mencipta peluang perniagaan, bukan menunggu peluang tersebut. Jack Ma telah melihat pasaran china dalam membeli-belah salam talian sangat luas dan setanding dengan Amazon dan eBay.
Dengan itu, beliau telah mencipta satu platform media iaitu laman web eCommerce Alibaba yang memebenarkan para pengeksport menyenaraikan jenis-jenis produk mereka untuk dijual kepada pengguna. Syarikat beliau bersaing hebat bersama syarikat Amerika Syarikat yang telah wujud dengan platform eBay yang menggunakan konsep yang sama.  Jack Ma juga bersikap proaktif dengan merebut memecah tradisi negara China, dimana penduduknya kurang yakin terhadap barangan yang dijual atas talian. Setelah beliau muncul dengan ciptaan beliau, penduduk China kini semakin yakin untuk mebuat belian atas talian.

3.    Kegagalan adalah satu pilihan
Jack Ma adalah seorang keusahawan yang tidak akan berputus asa. Pertama, Jack Ma meletakkan dirinya sebagai orang yang tidak akan mudah ditepis . Semua orang tahu bahawa mantera Jack Ma adalah " Never Give Up" . Dia tidak mudah telah berpaling tadah. Walaupun ia ditolak untuk beberapa kali dalam memohon pekerjaan , tetapi dia masih sentiasa positif dengan itu. Beliau menerima tawaran sebagai pensyarah Bahasa Inggeris di Universiti dengan gaji 12 Renminbin sebulan, pada masa yang sama dia masih terus mencari jalan untuk melakukan perniagaan sendiri dan akhirnya, dia mampu untuk membuka syarikat terjemahannya .
Pada tahun 1982, Jack Ma berumur 18. Pada masa itu, Beliau telah gagal dalam  peperiksaan sekolah tinggi . Selepas itu, Beliau pernah menjadi setiausaha , sebagai pekerja menghantar barang dan sebagainya. Pada suatu hari, Jack Ma telah menjemputi dan membaca sebuah buku yang bernama “人生” dan beliau memutus mengambil satu kali lagi peperiksaan sekolah tinggi. Tetapi juga gagal dan Jack Ma telah ambil kali ketiga peperiksaan sekolah tinggi.Akhirnya, beliau telah berjaya lulus dalam peperiksaan ini.
Pada tahun 1988, selepas tamat pengajian di university beliau telah memasuki Universiti Hangzhou Sains Elektronik dan Teknologi sebagai seorang guru Bahasa Inggeris. Pada tahun 1994 hingga tahun 1998 , Jack Ma telah cuba memulakan perniagaan dua kali dan mengumumkan kegagalan pada tahun 1996. Tetapi Jack Ma tidak ada putus asa. Pada tahun 1999, Jack Ma telah mengusahakan Alibaba dengan menggunakan modal sebanyak 500.000 ribu yuan.
Dengan menggunakan masa 16 tahun, pada tahun 2015 sekarang Alibaba dan Pengerusi bagi Alibaba iaitu Jack Ma sudah menjadi seorang usahawanan yang terkenal di globalisasi dan sebagai satu role model yang sangat baik bagi semua usahawanan di seluruh dunia. Jack Ma telah membuktikan ciri tidak berputus asa adalah satu ciri yang sangat penting bagi semua orang untuk menjadi seorang usahawanan yang berjaya.

4.    Daya Pemerhatian
Daya pemerhatian merupakan ciri keusahawanan yang penting untuk berjaya dalam perniagaan. Individu yang mempunyai daya pemerhatian yang tajam dapat melihat peluang perniagaan yang berpotensi membawa kejayaan. Mereka yang mempunyai daya pemerhatian yang tajam dapat memerhati perubahan yang berlaku di sekeliling. Mereka dapat mengesan perubahan walaupun hanya perubahan yang sedikit dan sukar dikesan oleh orang lain. Dengan daya pemerhatian yang tajam, mereka dapat berkembang dan sentiasa maju dari semasa ke semasa walaupun berlaku perubahan persekitaran perniagaan di sekeliling mereka.
Ciri daya pemerhatian yang tajam dapat dilihat pada usahawan Jack Ma yang berjaya dalam aktiviti perniagaannya. Jack Ma dikatakan sebagai usahawan yang mempunyai daya pemerhatian yang tajam kerana semasa beliau kali pertama mendengar tentang Internet pada akhir tahun 1994 dan diperkenalkan secara kebetulan dengan Internet di Amerika Syarikat pada awal tahun 1995, beliau telah sedar dan yakin bahawa Internet akan mengubah dunia. Jack Ma memerhati peluang ini merupakan peluang perniagaan yang akan membawa kejayaan kepada dirinya mahupun negara China. Oleh itu, beliau mendapat idea untuk membuat laman web. Data perusahaan domestik yang dikutip di laman web akan dilepaskan kepada dunia. Namun, ideanya telah dibantah oleh rakan-rakan dan keluarganya tetapi beliau masih meneruskan ideanya kerana percaya akan daya pemerhatiannya.
Kini, Jack Ma telah menubuhkan Taobao, Alipay, Ali Mama dan sebagainya. Kejayaan Jack Ma dibuktikan lagi dengan jumlah urus niaga dalam Alibaba.com yang melebihi satu trilion yuan pada November 2012. Beliau telah berjaya dalam perniagaannya yang tidak disokong oleh orang ramai pada peringkat awal. Dengan pemerhatiannya yang mendapati Internet dapat mengubah dunia, beliau telah berjaya dan sekarang merupakan Pengerusi Eksekutif Alibaba Group yang merupakan perniagaan berasaskan Internet yang sangat berjaya serta merupakan usahawan dari China yang pertama muncul di muka depan Forbes.

5.    Berorientasikan Pasukan
Kerja berpasukan bermaksud kerja dalam satu pasukan yang mengamalkan nilai kerjasama dan saling berganding bahu dalam menjalankan tugas untuk mencapai objektif yang sama. Menurut Yeop Hussin (2006), kerja berpasukan bermaksud kerjasama antara pengurus atau ketua jabatan yang bertanggujawab merancang, dan kakitangan yang menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik.
Justeru, dalam menjalankan sesebuah perniagaan kerja berpasukan jugak memainkan peranan penting dalam menjadikan segala pengursan berjalan dengan lancar. Brorientasikan pasukan juga menjadi asas dalam sesebuah kumpulan dalam organisasi supaya gerak kerja lebih berkesan. Salah satu usahawan yang boleh diambil sebagai contoh adalah Jack Ma. Beliau adalah pengasas dan pengerusi eksekutif kumpulan Alibaba. Sikap Jack Ma adalah berbeza dengan beberapa eksekutif syarikat internet yang lain. Hal ini kerana Jack Ma tidak terlalu berfokus kepada teknologi semata dalam meningkatkan perniagaannya tetapi beliau menggunakan tenaga mahir daripada pekerja-pekerjanya. Menurut Jack Ma seorang pemimpin tidak boleh membandingkan kemahiran teknikal dengan pekerja itu. Pekerja anda perlu mempunyai kemahiran teknikl lebih hebat daripada anda. Jika dia tidak maka ini bermakna anda telah mngupah orang yang salah. Dapat dilihat bahawa usahawan hebat ini mempunyai pemikiran yang berbeza dengan orang lain.

Setiap pekerja yang diambil oleh bekerja bersama Jack Ma akan dihantar terlebih dahulu untuk menghadiri kursus. Ini menunjukkan bahawa beliau amat mengambil berat terhadap pekerjanya dan pada masa yang sama membantu para pekerja itu sendiri dalam mengasah kemahiran yang mereka miliki. Konklusinya, Jack Ma sebagai pengerusi sentiasa melihat kebawah iaitu melihat kepada pekerja-pekerjanya bukan sekadar memberikan arahan. Sekaligus cara ini membantu dalam kerja berpasukan di dalam setiap aktiviti yang akan dijalankan bagi sesebuah syarikat.