Jaringan
dari aspek keusahawanan ialah kaedah yang digunakan oleh usahawan tersebut
dalam mengembangkan perniagaan mereka. Jaringan ini boleh berlaku secara
langsung mahupun tidak langsung. Jaringan ushawan ini sepertimana yang
diketahui umum mempunyai tiga jenis iaitu jaringan peribadi, jaringan awam dan
jaringan perniagaan. Usahawan yang dilihat mempunyai banyak jaringannya ialah
Dato Wan Mohamad Sani Salleh iaitu pemilik rangkaian operasi bas iaitu Sani
Ekspress. Beliau mengembangkan perniagaan beliau melalui tiga-tiga jaringan
tersebut. Secara peribadi jaringan yang dilakukan adalah secara tidak langsung
iaitu menjaga jaringannya bersama ahli keluarganya yang pasti membantu dan
menyokongnya serta sahabat-sahabat yang juga berkongsi pengalaman mereka dengan
beliau. Tambahan pula secara awam beliau sentiasa bertanya kepada orang-orang
sekelilingnya seperti pemandu bas, mekanik dan ramai lagi secara tidak langsung
beliau sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu dalam perniagaan yang beliau
jalankan. Disamping itu, secara langsungnya di dalam perniagaan beliau turut
menjaga jaringan bersama pekerja-pekerjanya dan juga syarikat-syarikat besar
yang bekerjasama dengan syarikat beliau.
No comments:
Post a Comment