Wednesday, 20 April 2016

Ciri ke 2 : BERANI MENGAMBIL RISIKO


Satu daripada ciri penting keusahawanan ialah kesanggupan mengambil risiko. Banyak kajian mendapati kecenderungan mengambil risiko adalah sebahagian daripada ciri keperibadian usahawan berjaya. Ini selari hukum pelaburan bahawa paras pulangan berkait rapat dengan tahap risiko. Bagaimanapun, kecenderungan mengambil risiko dalam perniagaan hendaklah secara bijak dan terancang. Keberanian mengambil risiko perlu diimbangi dengan pengetahuan dan kefahaman mengenai cara menilai dan menangani risiko .
Ramai usahawan gagal kerana tidak nampak risiko yang mengancam perniagaan mereka ketika membuat keputusan tertentu. Dalam perniagaan, setiap keputusan pasti membabitkan soal kewangan. Usahawan hendaklah sentiasa ingat matlamat perniagaan adalah untuk meningkat kekayaan dengan menambah nilai kepada modal asal. Ini memerlukan keputusan dan tindakan yang tidak membawa kerugian kewangan kepada perniagaan.
Semua aspek lain seperti pengurusan kewangan, pemasaran, pengeluaran, pengurusan sumber manusia semuanya mempunyai risiko masing-masing yang perlu difahami dan dikenal pasti oleh usahawan. Mengetahui tahap dan kesan risiko dapat membantu usahawan memikirkan langkah mengelak atau mengurangkan risiko. Ramai usahawan menanggung padah kerana membuat keputusan perniagaan tanpa menilai kewujudan risiko secukupnya. Sudah banyak berlaku kes usahawan berdepan masalah selepas membuat keputusan pelaburan baru kerana tidak mengkaji dengan terperinci risiko berkaitan keputusan itu.


Sifat berani mengambil risiko ini boleh dilihat melalui usahawan tempatan ini iaitu Ramly Mokni nama yang tidak asing lagi dalam industri keusahawanan Malaysia terutamanya industri pemakanan.Anak kelahiran Tanjung Piandang Perak ini bermula dengan gerai penjualan burger dan sekarang mengembangkan perniagaan tersebut dengan membuka kilang pemprosesan daging burger. Hanya bermula sebagai seorang pemotong daging di sebuah pasar raya pada sekitar tahun 1970-an yang diragui status halal haramnya. Bermula dari situ timbul kesedaran timbul kesedaran untuk menghasilkan daging burger dan sosej yang ditanggung halal dan boleh dinikmati oleh setiap umat Islam tanpa ragu-ragu. Pada tahun 1980 beliau dengan beraninya memulakan perniagaan bersama isteri Shala Siah Abdul Manap dengan bermodalkan wang simpanan sebanyak RM2000 di Chow Kit dengan tahap keuntungan yang masih samar kerana berniaga di tempat asing. Pada ketika itu daging burger telah diproses secara manual menggunakan mesin pemprosesan daging manual yang dibeli menggunakan duit modal. Burger keluaran pertama mereka hanya dijual kepada rakan dan jiran di sekitar Kampung Baru menerusi gerai burger pertama di Jalan Haji Hussin,Chow Kit,Kuala Lumpur .

Sifat beliau ini jelas menunjukkan beliau juga adalah seorang yang bijak merebut peluang dan berdaya kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh. Selain itu, beliau tidak pernah putus asa walaupun usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat dan juga pihak bank yang telah menolak permohonan pinjamannya. Namun, dengan simpanan sendiri dan juga bantuan pinjaman yang diberikan oleh Bank Pembangunan dan Malaysia Berhad telah membolehkannya mengorak langkah untuk memajukan perniagaannya. Sekali gus telah membuktikan peranan agensi kerajaan adalah amat penting.

No comments:

Post a Comment