Kegagalan dalam bidang keusahawanan tidak dikira sebagai
satu kelemahan malah dianggap sebagai semangat untuk bangun dan menjayakan
pekerjaan itu. Pada pandangan sesetengah pihak menganggap bahawa apabila
seseorang itu gagal bermakna tiada lagi jalan ke arah kejayaan pada diri
mereka. Walaubagaimanapun usahawan memandang pandangan begitu adalah salah
kerana usaha itu tangga kejayaan dan seorang usahawan akan mengambil kegagalan
itu sebagai jalan untuk menempa kejayaan.
Ini boleh dibuktikan dengan mengambil contoh seorang
usahawan yang berjaya, Micheal Dell seorang pengasas Syarikat Dell. Beliau
dilahirkan pada 23 Februari 1965 di Houstan, Texas. Micheal melancarkan
komputer peribadi di bawah nama Dell Computer Corporation (kini dikenali
sebagai Dell Inc.) , memulakan secara kecil-kecilan di Universiti Texas dan
kemudiannya berkembang pesat sebagai syarikat komupter terbesar. Pada tahun
1992, Micheal Dell menjadi satu-satunya Pegawai Eksekutif termuda dalam 500
syarikat lain.
Dalam kejayaan yang dirasai oleh Micheal bukan sesuatu
yang datang secara mudah tanpa kegagalan dan halangan. Penciptaan komputer yang
tidak berkualiti menyebabkan syarikat Dell perlu mengeluarkan sejumlah wang
yang mencecah $300 juta untuk membaiki kerosakan dan membaiki kembali kesalahan
pengeluaran. Ini menyebabkan kejatuhan yang teruk. Selain itu, dalam tahun 2010
Micheal menghadapi satu lagi kegagalan mengeluarkan produk yang menepati
ketetapan yang diperlukan dan bersetuju untuk membayar pampasan yang
dikemukakan oleh Security And Exchange Company. Walaubagaimanapun beliau
tetap menjadi seorang usahawan yang berjaya dalam mencipta sesuatu yang masih
digunakan sehingga kini.
No comments:
Post a Comment