Usahawan yang berorientasikan hasil ialah A’tikah Ash’ari. Beliau
adalah pengasas kepada butik tudung yang terkenal dengan jenama Radiusite.
Bermula dengan menjalankan perniagaan secara kecil kecilan dengan menjadikan
segala pengalaman dan hasil semasa berniaga sejak di bangku sekolah lagi telah melonjakkan lagi semangat A’tikah
untuk terus berusaha sehingga berjaya menjadi usahawan terkenal walaupun
sepanjang keterlibatannya sentiasa menghadapi kegagalan. Namun beliau tidak
pernah berputus asa dan mengambil segala yang berlaku sebagai penyuntik
semangatnya. Bermula dengan modal yang kecil sebanyak Rm500 beliau bersama
suaminya Iskandar Zulkarnain bertungkus lumus membeli pelbagai jenis tudung
untuk dijadikan sebagai contoh untuk mereka disamping melihat kaedah yang
digunakan oleh usahawan lain dalam mempromosikan perniagaan mereka. Hasil yang
sedikit dan bermula dengan kurangnya kelengkapan kini Ika berjaya menjual
tubung-tudungnya ke merata tempat.
No comments:
Post a Comment